welcome ,

writing is the only way to express everyting.
to the heart content.
and no one will stop you.

Monday, September 07, 2009

pikirkan bersama~~

sngguh..
da ari ke 17 pose da..
cam xcye je...
siket lg da nk fly....
w0o0..
tanakk tgal uma!!!!

so0..
akceli....
nk bkak mndalah blog ni..
rse cm mls je...
tpi sbb ade 1 mnde yg aku nk share ngn korang...

sbb..
kat memane tempat yg aku pg..
mostly..aktviti yg dbwat adlh poco2...
*poco2 is a tarian or few peple anggap as senamrobik*
n las2 nite..dpt msj from a fren..
infom dat poco2 is HARAM....
em..
interesting kn...

lpas cari2 kat merata ceruk alam..
jumpe la semende ni...
read it n judge it..
ade akal..ade minda...ade otak...

lu pikirlah sendiri!!!~

*but yet...mnde ni xde kepastian lg..haram or halal..xtau lg..juz utk dfikirkan bersama**

~wallahua'lam''~~

Tarian Poco-Poco Haram?Betul ke?

Tarian yang dikatakan berasal dari Indonesia ni rasanya ada je kat kursus atau program rasmi. Siap masuk TV lagi aritu. Tapi ada jugak kata bukan dari Indonesia..so dari mana?
Saya sebenarnya dapat satu email dari rakan sekolah mengatakan tarian poco-poco atau pocor-pocor atau pocoh-pocoh ini adalah haram sepertimana yoga yang difatwakan haram. Bacalah email di bawah ni:



Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Responses to “Tarian Poco-Poco Haram?”
baloot says:
August 21st, 2009 at 6:55 pm
pelik jugak. dah tahu tarian daripada indon tapi jadi tarian rasmi negara malaysia. tentang pasal bentuk salib tu, aku no komen. tak tahu pun asal usul tarian ni.
yang pasti, kenapa negara malaysia yang sememangnya lebih maju daripada indon amik tarian diorang untuk jadi tarian rasmi. ini yang penting sebenarnya menjadi persoalan. hee..
walau apa pun, semuanya atas niat kita. kita ubah sikit tarian tu supaya tak nampak macam berbentuk T (atau salib). jadi aku rasa tak salah untuk buat tarian ni. klau kita ikut 100% macam tarian poco-poco yang berbentuk salib tu, maka bagi pendapat aku, salah lah.
kalau tak tahu apa2, kita tak salah. kalau dah tahu, kenalah ubah kan.tak gitu wanmus?
p/s: tak tahu pulak rupanya jomhosting.net tu wanmus punya.. hee.. tahniah bro..
Zon Artis says:
August 22nd, 2009 at 5:29 am
tarian berhantu ni sbb tu smpai skrng tarian ni masih digemari ramai. huhu.. (joking je). actually, pernah gak dgr yg tarian poco2 ni haram (tahun lps lg) tp memandangkan ianya masih tak sahih samada fakta tu betul atau tak, aku no comment cuma memang dah tak follow lg tarian ni..
alone says:
August 22nd, 2009 at 9:58 am
kalau dah tau haram, tinggalkan saja. banyak lagi benda halal dan berfaedah yang boleh kita buat.
wanmus says:
August 22nd, 2009 at 12:19 pm
@baloot: yup. memang pelik.tapi kalau ubah takpelah kot. kalau dah tahu, baik tinggalkan. Thanks bro
@Zon Artis: sama-samalah kita berfikir yang mane terbaik, betul x bro?
@alone: amar makruf, nahi munkar
h
anafi says:
August 24th, 2009 at 6:56 am
apa pun kita kena silidik dulu asal usul sesuatu perkara tu adakah ianya datang dari musuh Islam. Sekiranya benar apa yang dikatakan sepatutnya ianya tidak diamalkan di negara Malaysia yang majorotinya beragama Islam
wanmus says:
August 24th, 2009 at 8:27 am
@hanafi: tu yang saya bincangkan disini..jika betul, samalah kita jauhi..
kikien says:
August 24th, 2009 at 5:53 pm
aku penah wat tarian nih. n ble piker alek, step dye mmg m’bntuk tnde salib.
mngkin de yg kate,ikot niat la.
klau nk snman myb bley.
but cbe pker alek.
mcm yoga.d fatwa kn haram.
sbb de unsur2 hindu.
same la ngn poco2 nih.
ta leh tolak tepi.harus d pndng siyes.
JHafiz says:
August 25th, 2009 at 9:55 pm
nice onfo.. thx bro.. wah saspen ni….
wanmus says:
August 25th, 2009 at 11:28 pm
@JHafiz: info penting perlu dikongsikan bersama
tiputapibenar says:
August 26th, 2009 at 11:59 am
Tak tentu halal haram, dan buat keputusan membuta tuli.Sama la macam kes minyak wangi beralkahol, ramai jadi pak turut mengikut je tak pakai minyak wangi yang ada alkahol, padahal ianya dibolehkan. JAKIM dah siap bagi keterangan
.http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/be3fb58b35f68a150025736b00163a5e?OpenDocument
Sekarang keluar lagi isu yang seakan2 serupa.
Orang Melayu kita suka jadi pak turut, dan informasi kalau boleh semua nak disuap. Kenapa tak proaktif untuk cari maklumat dahulu?
It’s just a dance la.
Buat penyelidikan dahulu…. baru buat keputusan, bukan orang lain yang sesuka hati buat keputudan untuk kita.
http://en.wikipedia.org/wiki/Line_dance
wanmus says:
August 26th, 2009 at 12:30 pm
@tiputapibenar: aduss…harap paham ye dengan tanda soal tu.maksudnya satu pertanyaan yang belum ada kepastian lagi. saya tulis post ni untuk berkongsi tentang pandangan yang saya dapat.so sapa2 tahu tentng kebenarannya, silalah reply..
ummi says:
August 27th, 2009 at 10:59 am
sayalah org yg paling gumbira kalau betul keluar fatwa tarian ini diharamkan..tak tau apa yg syoknya tarian ini yang dok di tergila2kan sgt oleh mak2 datin dan kakitangan kerajaan khususnya..saya isteri pegawai kerajaan yg memang membenci budaya ini. Sebab kegilaan mereka terhadap tarian ini sampai ke satu tahap kita yg tak berminat utk join (ada yg tak reti atau segan sbb kadang2 bercampur jantina) dipulaukan.Saya amat2 berdoa ianya diharamkan

wanmus says:
August 27th, 2009 at 11:19 am
@ummi: betul jugak tu. kalau nak senamrobik, senamrobik jelah..tapi kekadang syok jgk..hehe..ntahlah..
GiLoCatur says:
August 28th, 2009 at 2:38 am
dari segi hukum saya tidak pasti halal ke haram. biar orang yg pakar dan arif yg menentukan.
tetapi apa yg ingin saya kongsi ialah tentang sedikit penyelidikan yg saya buat tentang tarian poco-poco ini. sewaktu bertanya Mr Google tentang asal usul poco poco dance, saya amat tertarik tentang apa yg saya jumpa di
http://books.google.com.my/books?id=_lmFzFgsTZYC&pg=PA356&lpg=PA356&dq=poco-poco+dance+origin&source=bl&ots=N6LrrpSqn8&sig=pZIF17pkNqmEr1P49V2vBArNaPE&hl=en&ei=48WWStDCCMyJkQXQr_i4DA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=10#v=onepage&q=poco-poco%20dance%20origin&f=false
ia merupakan satu bentuk cult di jamaica yg bercirikan Afrika dan agama Kristian. mereka menari mengikut bulatan berlawanan jam diikuti gendang khas. memang bentuk tarian yg berasal dari indonesia atau yg dibuat di negara Malaysia berlainan tetapi kesamaan perkataan cuma berbeza dari sebutan dan ciri-cirinya yang perlu diberi perhatian.
tidak mustahil tarian poco-poco yg berasal dari indonesia itu yang ditiru di Malaysia adalah jelmaan atau diolah dari POCOMANIA dari jamaica tersebut.
wallahua’lam
wanmus says:
August 28th, 2009 at 12:16 pm
@GiLoCatur: wah satu info yang berguna. thanks
wanwma says:
August 28th, 2009 at 1:13 pm
Kalau nak kata ia membentuk salib dan sebab itu ia haram, pandangan ini tak kukuh langsung! Ada banyak lagi tarian lain, silat pun langkahnya lebih kurang sama iaitu 4 penjuru. kanan kiri depan dan belakang. Ia mungkin hanya kebetulan…
Menghalalkan perkara yang haram dosa besar hukumnya. Mengharamkan benda yang halal pun haram hukumnya. Kita bukanlah orang yang berhak menjatuhkan hukum. Jika tau akan propaganda yang dilancarkan oleh orang kafir untuk merosakkan kita, maklumkan kepada majlis bekernaan untuk ditetapkan hukum. Jangan jatuhkan hukum sendiri pengikut pandangan kita sahaja. Ia perlu dikaji dan disiasat.
Namun, sesuatu yang tiada kepastian akan hukumnya akan jatuh sebagai ‘gharar’ iaitu tiada ketentuan. Dan ‘gharar’ hukumnya adalah haram! Sama juga sesuatu yang kita was-was, walaupun sesuatu itu halal pada dasarnya, tapi kerana kita was-was, maka ia haram buat kita. Tidak untuk orang lain.
Saya tidak menyokong tarian Poco-poco atau sebarang tarian lain.
Kerana ia mengundang kelalaian, apatah lagi dengan tarian oleh wanita-wanita yang begitu menggoda. Ini jelas haram hukumnya. Tidak perlukan dalil lagi melainkan tarian itu hanya dilakukan dirumah, atau berasingan lelaki dan wanita.
Namun, untuk menjatuhkan hukum tarian Poco-poco adalah haram secara total bukanlah hak saya atau hak anda. Sekadar email yang tiada bukti sahih, bagaimana kita boleh percaya? Pun begitu, apabila kenyataan itu dikeluarkan, kita perlu berhenti melakukannya kerana ia mula menjadi sesuatu yang tiada kepastiannya. Apa yang boleh kita buat ialah menunggu penetapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan!
sumber rujukan:http://wanmus.com/

No comments: