salam. bismillahirahmanirahim.
bila sebut G.A.Z.A / P.A.L.E.S.T.I.N,
mesti semua dah tak lalu nak dengar kan?
dah tak larat.
ade yang cakap ;
''aku dah xboleh nak buat apa-apa''
''biarlah Allah je yang bantu''
''kalau derma, nanti xsampai pon''
kalau cakap pasal memBOIKOT,
''da xlarat nak boikot''
''setakat aku je boikot,mane jadi.so xyah boikot''
''perlu ke?''
''bes la nk makan tu!xleh tinggal!''
kesimpulannye, semua ayat berbentuk penafian..:)
ehem,sebelum itu,
me,myself, nak cakap isi hati,tapi takut terlebih.
saya taknak orang cakap saya baik, sebab saya memang xbaik n semua tahu tu.
saya xberbangga jadi tak baik, cuma saya tanak orang letak xpectation tinggi2.
saya buat bukan untuk dinilai manusia..:))
sambung ke pangkal cerita,
kita kena ingat masa kita tak panjang.Betul ada dalam hadith/ayat quran yang menjanjikan kemenangan palestin..Janji Allah,memang akan terjadi...
tapi kita nak tengok je ke sekarang ni? nak buat bodoh lagi ke?
kesian diorang....
mungkin, kalau kita derma,
MUNGKIN xsampai.
MUNGKIN tak lepas masuk ke GAZA..
jadi derma itu MUNGKIN sia-sia..
lebih2 lagi mesir da buat tembok yang dalam untuk menghalang terowong bawah tanah mesir-gaza.
peluang yang ada hanyalah melalui perairan je.
“Kita jangka kapal perang Israel akan cuba menghalang konvoi memasuki Gaza, namun penyertaan tokoh kemanusiaan dunia seperti Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan, rejim zionis Israel akan mengalah dan memberi laluan kepada konvoi,’ katanya di sini.(LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege)
-----perjanjian turkey-israel , membolehkan turkey masuk ke israel tanpa halangan , tapi , bani israel ni bangsa yang degil n etc, jadi kita doakan supaya bantuan tu lepas masuk, selamat sampai..insyaAllah,biiznillah.----Allah itu wujud!!!
em, lepas satu-satu-satu kematian kita dengar kan?obviously artis2.tu yang kita nampak.yang kita tak nampak? entah-entah kita punya turn esok lusa...(saya?:( ) akak cakap, kalau tak sekarang, bila lagi nak menyumbang? tak banyak, sikit pon jadila. Nanti Allah tanya, nak jawab apa? takkan time tu baru nak regret?Kita wajib pertahankan palestin, wajib pertahankan masjidil aqsa..
Apa yang boleh elak, elakkan.Tuka dengan benda lain.Tapi, kalau tak boleh nak elak, jangan la menunjuk atau berlagak ye? Macam aritu, cakap pasal rindu malaysia.Terkeluar pasal starbucks. pastu ade orang cakapl : starbucks tu terangan sokoong israel.Bukak booth lagi sedia air untuk askar israel serang palestin. Tapi ada sorang ni selmba je ckp.''ade aku kisah?sedap tu.rindunye..'' sori sangat. memang time tu membe tu rasa cam nak lempang je membe die lgi sorng tu..saboo je le..Diam lebih baik..*kata si membe lam ati : agak2 la kalau nak tunjuk standard pon.jangan bimbang,semua tahu awk ank org kya*Tapi, mcam xperlu kot cakap macam tu.Kadang2 kan, ayat ''ade aku kisah'' tu kan,nampak macam kita degil tau..Macam taknak dengar cakap orang lain.Macam kita je betul..terasa ati membe beb..Sesama kita, kurangkan la cakap cmtu..:)) (entri umum,tidak dipoint kpd sape2)
Last,
Akak cakap,kita wajib berdoa supaya Allah terima doa kita, derma kita diredhai Allah, ataupon selamatkan penduduk palestin atau diberi ketabahan kepada penduduk sana..
dan,tanamkan impian,suatu hari nanti, kita akan sampai ke masjidil aqsa.
-smpai satu saat palestin beroleh kemenangan, maka saat itu sudah hampir dengan kiamat.Kerana, telah dijanjikan, umat islam AKAN menang di akhir zaman...
-Israel aktif gila tanam pokok gharqad,berhektar2 di israel sebab dlm quran, akhir zaman nanti, semua batu-batuan dan tumbuhan akan bgtau kat tentera islam, ade orang kafir yang berselindung di blakang.tapi 1 pokok yang xtolong islam adalah pokok gharqad...(see, yahudi pon percaya Alquran.kita?)
-ade 3 jenis kaum / bangsa / agama berebut masjidil aqsa.iaitu islam, yahudi, nasrani.....
akhir,
ade 1 kisah..tentang diam dari menjawab...saya bukan ahli hadith dan xberniat pon nak main2 kan hadith ni..pernah terdengar dulu..so, kalau tersilap, harap diperbetulkan....
ade seorang lelaki, mencela rasulullah saw.Rasulullah saw mendiamkan diri je..bangun Abu Bakar r.a untuk menjawab..Tapi dihalang Rasulullah saw...abu Bakar bertanya,adakah kau marah dengan ku..?pastu rasulullah saw mnjawab.kalau senyap,malaikat akan turun duduk bersama2 kita..tapi kalau kita bukak mulut, syaitan akan amik alih tempat tersebut..
(macam tu la..)
tu je...ada salah silap, semoga diperbetulkn..kepada diri sendiri juga, slow2 la ye..xheran pon pndangan manusia..sbb xde pape..May Allah bless...
lifeline4gaza...
sejarah....palestin kecik je last2..-_-
kempen kat mesir : L.E 100 seorang
kempen kat mesia : target RM 10M
tengok apa yang dikatakan, bukan orang yang berkata...^_^''